Black_Texture blue.jpg

University e-League (UEL)
diumumkan bagi musim 2021

Bermula 4 Julai sehingga 12 September 2021, UEL akan melibatkan melebihi 300 pasukan e-sukan universiti yang akan bertanding dalam empat kejohanan untuk memperoleh hadiah terkumpul sebanyak RM20,000.

 

Liga UEL ini akan disiarkan secara online dan menyertakan pelbagai kejuaraan permainan video yang terkenal seperti Mobile Legends: Bang Bang, DOTA 2, League of Legends: Wild Rift dan Valorant. Penaja rasmi UEL merangkumi KITKAT, MSI, Mountain Dew dan SEGi University & Colleges manakala para penaja yang lain akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Para pelajar dari universiti awam dan swasta dari seluruh negara Malaysia dijemput untuk menyertai UEL di mana tempoh pendaftaran akan terbuka di seluruh negara bermula dari 14 Jun 2021.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Prime Sports International (PSI), Yong-Chul Yun berkata: “Menimba inspirasi daripada budaya sukan peringkat kolej di luar negara, wawasan UEL adalah untuk menyemai rasa bangga di dalam pelajar Malaysia mewakili universiti mereka dan pada masa yang sama, menekankan nilai-nilai pertandingan yang sihat antara institusi pembelajaran tinggi. Bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi, kami bercita-cita menjadikan UEL sebagai platform pilihan bukan sahaja bagi para pelajar tetapi semua pemegang kepentingan untuk berhubung dan menjadi landasan mencapai kejayaan.”

 

Seiring dengan pertandingan tersebut, UEL akan menawarkan tambahan laluan praktikal untuk peminat e-sukan yang ingin memulakan atau membangkitkan kerjaya dalam bidang e-sukan. PSI dan EBN berpakat menyediakan peluang untuk menyertai program amali, bengkel dan memperoleh pengalaman sambil bekerja di dalam organisasi mereka.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Esports Business Network (EBN), Adrian Gaffor, menambah: “Pelancaran UEL adalah bukti kepada misi kami yang lebih luas iaitu untuk memperkasa para pelajar dengan pengalaman berharga, bukan sahaja menerusi pertandingan, tetapi juga peluang pembangunan kerjaya di dalam pelbagai bidang di dalam ekosistem e-sukan menerusi program-program perkongsian. Ia amat mengujakan bagi pihak EBN untuk membuka jalan bagi masa hadapan pertandingan peringkat pengajian tinggi dan pada masa sama, membangunkan ekosistem untuk setiakawan dan kerjasama pasukan.”

 

Para pelajar dari universiti awam dan swasta di seluruh Malaysia dijemput untuk menyertai UEL dan program-program di bawahnya. Jawatankuasa Pendaftaran akan mengendalikan pendaftaran dan pasukan yang berminat perlu menyerahkan permohonan mereka menerusi laman web rasmi bermula dari 14 Jun 2021 untuk menjamin tempat mereka di dalam UEL.

 

Untuk berita terkini dan maklumat mengenai UEL, anda boleh melawat laman web rasmi di sini atau atau @UELMY di media sosial Facebook.

Black_Texture Red.jpg

FOLLOW UNIVERSITY e-LEAGUE

pngwing.com.png
Facebook_Logo_(2019).png
Glossy-Instagram-logo-PNG.png

Hubungi kami melalui Discord atau di admin@universityeleague.com

Black_Texture JPG.jpg

PENAJA RASMI

2020-msi-dragon_spirit_logo-digital_v_4c
Mountain Dew Logo.png
SGC logo (color).png