Black_Texture blue.jpg
MGA 1920 x 1080 Template (1).jpg

MSI menjalin kerjasama dengan UEL untuk melancarkan litar VALORANT e-sukan di Malaysia

Setelah mengumumkan pelancaran program perguruan baru-baru ini di Asia Tenggara, MSI juga mengumumkan University e-League (UEL) sebagai rakan kongsi mereka di Malaysia. Kerjasama ini menandakan pelancaran MGA UEL VALORANT Series yang dibawakan khas oleh MSI. Kejohanan ini merupakan litar e-sukan yang menampilkan permainan penembakan VALORANT. Kejohanan ini dijadualkan berlangsung dari Julai hingga September 2021. Pendaftaran kini dibuka untuk pelajar peringkat kolej di seluruh Malaysia.

 

Pemenang MGA UEL VALORANT Series akan mewakili Malaysia di MGA University Championship, sebuah kejohanan anjuran MSI yang juga akan disertai oleh pasukan-pasukan VALORANT peringkat kolej dari negara-negara Asia Tenggara termasuk Thailand, Indonesia, Singapura, dan Vietnam. MGA University Championship akan berfungsi sebagai program payungan kepada MGA UEL VALORANT Series di Malaysia, sementara pasukan dari negara lain akan melayakkan diri melalui kejohanan tersendiri.

 

“Matlamat utama penganjuran MGA UEL VALORANT Series adalah untuk memberi peluang kepada pelajar kolej dan universiti di Malaysia untuk mengambil bahagian secara langsung dalam arena e-sukan. Sebagai peneraju antarabangsa dalam sektor gaming, MSI merupakan salah satu jenama yang paling dipercayai dalam industri gaming dan e-sukan. Kejohanan ini adalah inisiatif kami untuk menyokong para pemain di Asia Tenggara yang bercita-cita tinggi dan secara tidak langsung menyumbang kembali kepada komuniti e-sukan.” kata Henry Chung, Pengarah Urusan di MSI Malaysia.

 

Selain berpengalaman membekalkan perkakasan gaming berprestasi tinggi selama bertahun-tahun, MSI telah menaja lebih daripada 20 pasukan e-sukan di seluruh dunia dan menjadi tuan rumah kepada kejohanan e-sukan terkenal MSI Masters Gaming Arena (MGA). Secara umumnya, MSI mengambil setiap peluang untuk berinteraksi dan memberi inspirasi kepada gamers untuk merealisasikan impian mereka melalui ketekunan, ketepatan, dan prestasi.

 

Yong-Chul Yun, Ketua Perkongsian di University e-League mengatakan, “Selain daripada berkongsi minat terhadap VALORANT, MSI juga telah membangunkan sejarah dan hubungan yang luar biasa dalam industri e-sukan. Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama yang terkenal di pentas antarabangsa dan berkongsi visi progresif untuk memelihara ekosistem e-sukan yang sihat pada semua tahap. Kami berbesar hati untuk menganjurkan MGA UEL VALORANT Series bersama MSI dan berasa sangat teruja untuk membawakan aksi kompetitif VALORANT kepada gamers dan peminat e-sukan di seluruh negara.”

MGA KV.jpg

Pendaftaran untuk MGA UEL VALORANT Series yang dibawakan khas oleh MSI kini dibuka sehingga 13 Julai 2021. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web UEL dan para peminat VALORANT digalakkan untuk menyertai kejohanan ini. Para peserta akan bersaing untuk membawa pulang hadiah terkumpul berjumlah RM5,000 dalam dua peringkat kumpulan iaitu Peringkat Kelayakan dan Peringkat Akhir yang akan diadakan dari 17 Julai hingga 12 September 2021.

 

Untuk maklumat lanjut, mengenai MGA UEL VALORANT Series yang dibawakan khas oleh MSI kepada anda, layari http://www.universityeleague.com/ atau @UeLMY di Facebook.

Black_Texture JPG.jpg

PENAJA RASMI

2020-msi-dragon_spirit_logo-digital_v_4c
Mountain Dew Logo.png
SGC logo (color).png
Black_Texture Red.jpg

FOLLOW UNIVERSITY e-LEAGUE

pngwing.com.png
Facebook_Logo_(2019).png
Glossy-Instagram-logo-PNG.png

Hubungi kami melalui Discord atau di admin@universityeleague.com