FAQ / Soalan Lazim

Kelayakan

Apa kriteria kelayakan menyertai UEL?


  1. Peserta mesti berumur antara 17 hingga 25 tahun
  2. Ppelajar institusi penggajian tinggi (IPTA/IPTS) yang aktif
  3. Alumni university hanya dibernarkan jika tahun graduasinya adalah selepas 1 Januari 2019




Bolehkah ahli sepasukan berasal dari pelbagai universiti?


Ya, tetapi setiap pasukan mesti mempunyai minimum 3 pemain dari universiti yang sama. Pemain selebihnya dibenarkan berasal dari universiti yang berbeza

Jika pelajar daripada universiti yang sama tetapi kampus berlainan, kedua kampus haruslah berada di dalam daerah yang sama yang telah ditetapkan oleh UEL.





UEL

Apakah University e-League?


UEL adalah liga esports peringkat siswa terbuka untuk semua pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia termasuk Matrikulasi, Program Asas, Diploma, Ijazah, Sarjana atau PHD.




Game apakah yang akan dipertandingkan di UEL?


Permainan yang akan dipertandingkan merangkumi DOTA 2, Mobile Legends: Bang Bang, League of Legends: Wild Rift dan VALORANT.




Bilakah UEL akan berlangsung?


UEL akan berlangsung dari 9 Julai 2021 hingga 12 Septermber 2021.




Bilakah pertandingan untuk setiap game akan berlangsung?


DOTA 2
Pusingan Kelayakan: DOTA 2 (9 Julai - 11 Julai 2021)
Pusingan Akhir: DOTA 2 (17 Julai - 18 Julai 2021)

Mobile Legends: Bang Bang
Pusingan Kelayakan: MLBB (23 Julai - 25 Julai 2021)
Pusingan Akhir: MLBB (31 Julai - 1 Ogos 2021)

League of Legends: Wild Rift
Pusingan Kelayakan: Wild Rift (6 Ogos - 8 Ogos 2021)
Pusingan Akhir: Wild Rift (14 Ogos - 15 Ogos 2021)

VALORANT
Pusingan Kelayakan: VALORANT (17 Julai - 15 Ogos 2021)
Pusingan Akhir: VALORANT (10 September - 12 September 2021)





Pendaftaran

Bagaimana cara mendaftar pasukan saya ke UEL?


Pendaftaran secara online didapati di laman web UEL.




Adakah bukti pendaftaran universiti diperlukan?


Pelajar dikehendaki melampirkan kad matrikulasi yang sah sementara, para draduan baru (tidak melebihi 2 tahun) diminta melampirkan salinan ijazah / sijil kelulusan yang sah.




Bagaimana jika saya kehilangan ID pelajar saya?


Sekiranya kad pengenalan pelajar hilang, peserta mesti menunjukkan bukti pendaftaran di universiti mereka ke Tournament Marshalls. Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi Tournament Marshall kami di saluran UEL Discord rasmi.




Berapa yuran pendaftaran untuk penyertaan di UEL?


Pendaftaran adalah percuma dan tidak ada sebarang bayaran untuk penyertaan.




Di mana saya boleh mendapatkan peraturan dan undang-undang untuk pertandingan ini?


Peraturan dilampirkan pada akhir borang pendaftaran atau boleh diminta dari Tournament Marshalls melalui saluran UEL Discord rasmi.





Pertandingan

Apakah format pertandingan?


Pertandingan akan terdiri dari Peringkat Kelayakan dan Peringkat Akhir. Dari peringkat kelayakan, hanya 8 pasukan yang akan mara untuk bertanding di Peringkat Akhir.




Di mana pertandingan UEL akan diadakan?


Semua peringkat pertandingan akan diadakan secara online.





Siaran Langsung

Adakah semua permainan akan disiarkan?


Hanya Peringkat Akhir yang akan disiarkan.




Di manakan UEL akan disiarkan?


Peringkat Akhir UEL akan disiarkan di laman Facebook UEL.