Black_Texture Red.jpg
UEL KK Press Release Carousel Banner_edited.jpg

KITKAT CHUNKY tampil sebagai Penaja Power Up Rasmi University e-League (UEL)

University e-League (UEL) telah mengumumkan KITKAT CHUNKY sebagai penaja utama dan Penaja ‘Power Up’ Rasmi bagi musim sulungnya. Melalui perkongsian bersama UEL ini, KITKAT CHUNKY buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke litar e-sukan di Malaysia.

 

Dikenali serata dunia sebagai jenama makanan ringan coklat untuk berehat, KITKAT CHUNKY berazam untuk mempertingkatkan mutu dan  pengalaman permainan bagi pemain dan peminat e-sukan di seluruh negara. 

 

Berazam menangani kelesuan dan bagi menggalakkan para peminat e-sukan mengambil sesi rehat semasa sesi permainan mereka, KITKAT CHUNKY mendorong para pemain untuk berehat seketika, mengalih pandangan mereka dari skrin dan "POWER UP" bagi kembali bertenaga untuk pusingan berikutnya.

 

Tiffany Tan, Pengurus Pemasaran Pelanggan Nestlé (Malaysia) Berhad berkata "Seiring dengan dunia yang maju dan pesat berkembang, kita seringkali terlupa untuk berhenti seketika dan mengambil masa untuk berehat. Menyedari hakikat ini dan mengakui cabaran yang harus dilalui oleh pemain muda Malaysia; di dalam permainan mahupun dalam kehidupan seharian, KITKAT CHUNKY berazam memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada waktu rehat yang diperlukan oleh pemain.”

 

Adrian Gaffor, Ketua Pengembangan Perniagaan bagi UEL berkata, "Kami sangat gembira dengan penglibatan KITKAT CHUNKY sebagai rakan ‘Power Up’ rasmi untuk UEL. Kami amat berbesar hati dapat berganding bahu dengan jenama yang berkongsi visi dan berkongsi matlamat dalam usaha memperkasakan pemain muda dan mencipta peluang yang bermakna bagi pelajar dan peminat sukan di Malaysia."

 

Di peringkat global, KITKAT telah berulang kali melabur dan terkenal dalam bidang esports melalui kerjasama dengan beberapa sirkit dan liga esports di Eropah termasuk Liga Kejuaraan Eropah Legends (LEC) dan Los Angeles Valiant, sebuah pasukan esports yang bertanding dalam Liga Overwatch.

 

Mulai 14 Jun 2021, University e-League akan membuka pendaftarannya kepada pasukan e-sukan universiti di seluruh Malaysia untuk bertanding dalam 4 permainan dengan gabungan hadiah berjumlah RM15,000. Dijadualkan untuk disiarkan secara online, liga ini akan menampilkan beberapa tajuk permainan yang paling menarik dan tersohor termasuk DOTA 2, League of Legends: Wild Rift dan Mobile Legends. UEL terdiri daripada dua peringkat pertandingan; Kelayakan dan Peringkat Akhir dan akan diadakan antara 9 Julai dan 15 Ogos 2021.

Black_Texture JPG.jpg

PENAJA RASMI

Mountain Dew Logo.png
SGC logo (color).png
Black_Texture Red.jpg

FOLLOW UNIVERSITY e-LEAGUE

pngwing.com.png
Facebook_Logo_(2019).png
Glossy-Instagram-logo-PNG.png

Hubungi kami melalui Discord atau di admin@universityeleague.com